Itu salah...

belakangan ini, aku semakin sesak dengan jutaan pendapat sekeliling... dari siapa? tak perlulah diberitahu... kerana yg penting isinya bukan siapa penyampainya... isinya... ya isinya yang membuatkan separuh kewarasanku hilang....

lama aku bertahan dengan ujian yg mendatang... semata kerana aku simpan... semakin aku ditekan... kadang kala hati terasa mahu berhenti... hingga aku sedar, ini semua persiapan... apa yg Allah letak pada diri kala ini adalah persiapan utk aku hadapi masa depan... dan dengan ucapan itu aku menjadi tenang... tapi belum pun sempat ketenangan kekal sementara, dia pergi kembali... 

gundah menjemput diri masuk tanpa hati menjangkakn kehadirannya... aku kadang kala keliru... apa sebenarnya yg benar yg harus aku lakukan?

"apa yg kamu buat ini salah..."
"kamu yakin dia orgnya?"
"kamu pasti dia mampu menjagamu?"
"jika dia yg sebenarnya, sepatutnya kamu menjaga batas diantara kalian."

hati terduga oleh soalan yg aku tidak tahu... ya aku tahu... ini salah... aku tahu... tapi segala yg berlaku ada tujuannya bukan? jika kita sering jarakkn diri dari mereka yg cuba berubah... jika kita jauh dari mereka yg mencari jalan pulang... bagaimana mereka mahu pulang?

sering aku dengar, "pilihlah jodoh yg baik buat diri, semoga dengannya kau akan terpelihara dan terus melakukan kebaikan." tapi kenyataan ini pada aku berat sebelah... tak adil... pernah aku terbaca coretan seseorg 
"jika semua org yg baik pilih org baik, bagaimana org jahat nk berubah jadi baik?"
dan sedang aku cuba memegang pendapat ini sebagai paksi... aku disanggah...
"kucing jgn perasan nk ubah rimau jadi kucing."
 tapi tetap aku degil... mungkin... aku bukan kucing biasa yg takutkan kerosakan yg harimau akan bawa... tapi aku lebih takut akan harimau yg akn binasa setelah tahu kelicikan musang yg ada pada aku... aku sedari awal adalah kucing yg bersifat harimau... jadi aku mengerti, bila harimau mahu jadi jinak seperti kucing dilontar dibuang kerana mereka tidak sama... ya hanya kerana aku penuh dengan keganasan... mereka enggan didik harimau ini untuk berkawan dengan kucing... dan aku sndiri berjalan dimuka bumi Tuhan... jika manusia enggan didik harimau ini menjadi jinak kucing... maka biarlah Tuhan yg didik hati...

tapi bila kau berjalan sndiri... payahnya... kau lebih bnyk luka... kau jadi lebih kurang percaya... kau jadi mudah gugur... kau mudah mahu putus asa... kerana apa? kerana kau sndiri dan tak ada bibir yg mahu menasihati ketika kau perlukan kata-kata semangat... lama-lama kau jadi terbiasa...

dan bila kau sudah jadi kucing... sang kucing2 yg pernah buang kau kembali...  meraih sedikit kekuatan kau yg tinggal sisa... pada diri yg penuh luka... kau jadi sebahagian dari mereka... dan mereka tak lihat luka itu... aku tahu... mereka juga pernah luka... dan kerana itu mereka perlukan semangat harimauku untuk terus menjadi jinak kucing yg berkeyakinan harimau... tapi kau sedar... kau tetap harimau biar kau sudah berada dlm kelompok kucing...

dan kau sedar masih ada harimau diluar yg memerlukan kau untuk membantu mereka masuk dalam kawanan kucing2 itu... mereka mahu jadi kucing... mahu masuk kelompok... dan kau cuba bantu... dan bila kucing2 itu melihat kau berkawan dengan rimau... mereka bimbang... mereka takut... kau akan jadi harimau kembali...

*panjangkn aku bebel... hahaha maka fahami...

aku tersekat antara hak dan batil... mahu terus kukuh dalam jalan hak sedang hati mahu cuba ubah mereka yg sedang berjalan dalam keraguan... aku tak mahu masuk syurga sndiri... jadi aku tarik sebanyak mampu mereka yg mahu bersamaku yg masih terkapai-kapai mencari ruang kembali...

pada mereka yg sedang berusaha menghulur tangan mencari yang sudi menggapai... aku lihat diri aku yg dulu... ketika tangan kuhulur tiada yg mengapai selain Tuhan... dan mereka2 yg tak pernah menggapai dulu menasihat aku untuk tidak cuba kerana pada mereka aku masih lemah... mereka mahu aku jarakkan diri.. dari fasik... tapi jika semua org baik tinggalkan org2 yg sedang lari dari kefasikan... bagaimana org2 itu mahu keluar dari genggaman dunia?

kita bukan Tuhan untuk menghukum... kita sndiri Tuhan hantarkan untuk membantu kaum kita seramai yg mampu...

maaf... aku sndiri khilaf... aku salah... aku sedang cuba juga... berubah... pada kau yg mahu aku berubah dalam masa sehari... maaf aku tak mampu...

KLCC tak dibina dalam masa sehari... dari mana lahirnya istiqamah dari jiwa yg terus terusan dihentam ketegasan? 
mungkin tegas itu bukan caraku... aku cuba cara lain... berdamai... memahami.. memujuk... moga dengannya lebih ramai yg mampu terima... maaf... aku tak kuat untuk tegas...
maaf aku tak kuat untuk tegas 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment