biarkan aku lupa...

biarkan aku lupa... pada ketika minda masih merasakan wujudmu dalam situasi kehidupanku... bukan ego yang menghalang langkahku.. aku bisa kembali jika aku mahu... sejak pertama kali aku runtuhkan egoku untukmu.. sisa ego itu cuma sisa debu... tapi kau tak pernah tahu... kerana kau terlalu asyik dalam duniamu mencari fantasi rekaanmu... sedar... bangun... kita dalam realiti yg mana tak semua akn kekal bila kau campak mereka berdepan dengan raksaksa rekaanmu... raksaksa itu seharusnya kamu yg lawan bukan mereka...

biarkan aku lupa... ketika kaki melangkah ditempat kita pernah berjumpa... pernah bersama... pernah merasa bahagia sementara... kau pernah peduli bila aku terluka? jadi kenapa peduli bila aku pergi?? kerana aku melukaimu?? setiap satu kenangan kita tak luput bahkan selalu dalam ingatanku... dan janji aku pada diri aku mungkiri keranamu... pernah kau tanya bagaimana diriku menghukum aku kerana kamu??

biarkan aku lupa... pada huluran tanganku yang engkau tepis kasar beberapa kali... capaianku tak pernah mencapai dirimu... hati remuk aku gagahkan... berkali-kali aku gagahkan... kau tahu betapa bila aku mencintai ianya tak mudah pudar... kau tahu... jadi kau hukum aku dengan simpan kebaikanmu utk uji aku melebihi kemampuanku... dan bila aku berlalu... kau letakkan salah itu pada aku... beritakan mindaku tentang kemahuanmu... aku tak mengerti! kau mahu aku tinggal denganmu dan kau berterus-terusan menghalau aku dari hidupmu? jika tidak kerana ego dan dendamku sudah lama mati... dia tak mampu lagi membunuhmu seperti selalu dia lakukan pada mereka selainmu... tapi kau gagal hargai...

jadi Tuhan... biarkan aku lupa... pada mereka yg tak mahu keberadaanku dalam kehidupan mereka... kerana dalam sisa ego yg masih ada... aku mahu guna ia untuk mempertahankan hati yg sudah tiada bentuk lagi... aku masih mampu maafkan kesalahan semalammu... tapi aku bimbang... sisa luka yang gagal sembuh itu akan bertukar menjadi dendam yg akhirnya membunuh aku... bukan kamu... jadi kali ini... aku mahu jadi si pentingkan diri... dan bina kukuh dinding hati... hargai mereka yg masih kekal dalam lingkungan dinding itu.. dan abaikan mereka yg cuba memecahkan dinding itu... kerana hati ini sudah lupa bagaimana rupanya ketika dia masih mampu tersenyum... dia sudah lupa...

kali ini... aku benar-benar peroleh apa yg aku minta... dan aku sedar... permintaanku bukanlah yg terbaik untukku... Jadi Ya Rabb... tentukan yg terbaik utkku... sedang aku tahu ketentuanMu yg terbaik untukku... dan aku cuma lalui segalanya dengan redha... dan jika aku tak mampu... aku akn merangkak memohon kekuatan darimu... biar aku begitu...

sejak kali terakhir satu persatu mereka yg aku sayang jatuhkan aku... aku lupa bagaimana untuk berdiri... dan kini bila aku dapat sayap aku kembali... aku mahu terbang tinggi... setinggi yg mampu melangkaui batas angkasa itu sendiri... jauh... jauh... jauh... dari tanganmu utk capai remuk hatiku lagi... aku tak bersendiri walaupun hakikatnya mereka tidak disisi... aku tak sendiri...
"I know that someone will one day ... wait for me to come home... with warm hug..."
"I'm not alone"
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment