bukan disini...

aku tertanya, untuk setiap kembara yg dilalui... apa yg diminta dipelajari? setiap liku yg dilalui... mungkin pada mata yg memerhati tak nampak sakit yg dilalui... ah biarkan... bukan mereka mahu peduli... mereka cuma mahu ditemani... mahu didengari... jarang mereka benar2 mahu ambil tahu tentang siapa aku... tentang apa aku... tentang bagaimana aku... tak... tak perlu pertahankn dirimu... tak perlu... *senyum* ya aku tahu mereka ada masalah sndiri... dan aku dengar... aku tahu kau sedang bebel panjang tentang betapa aku manusia tak sedar diri yg lupa bersyukur...

aku sendiri, mungkin lebih mudah... tolong jangan sebar janji palsu tentang kau cuba masuk dalam dunia aku... tolong... aku paham... terlalu faham... bila aku sudah buka pintu... kau takkan melangkah masuk.. cuma mahu memerhati dan meminta aku keluar... cuba jadikan aku bukan aku... susah bukan... cuba masuk dalam hidup aku... dan aku cuba bahagiakn kamu dengan kesulitan yg aku alami... cuma kerana aku tidak bersuara... tak bermakna aku tak merasa... sudahlah... bukan tugas aku mengungkit segala yg aku lakukan utk buat kau hargai... xperlu.. jika benar kau lihat aku... 

tak... tak perlu bagitahu aku tentang bagaimana sakitnya ditinggalkan... aku merasakannya dahulu... sehingga aku lupa bagaimana rasanya ada yg tinggal bersama... aku lupa bagaimana ada yg menanti ketika aku pulang... semua hilang... aku bersendiri... tak disambut kembali kecuali tugasan yg perlu aku selesaikan... dan setiap yg datang... aku ragui dan aku hitung bila mereka mahu pergi... sekali lagi tinggalkan aku sndiri... mudahkan... datang dan pergi itu mudah kan? aku bagaikan si gaji yg wujudnya cuma tengah malam selesaikan tugasan dan kembali kekamar kecil suram tempat selayaknya aku tinggal... ya selayaknya aku tinggal... hahaha... mungkin betul dunia bukan tempatku... apa lagi syurga yg kulihat semakin menjauh... mungkin aku sndiri tak pernah cukup utk jd manusia... tak pernah layak...

jadi hadirku dalam hidupmu cuma sementara... dan sementara itu biar aku selesaikan tugasanku... dan bila selesai aku kan pergi... jauh sejauh kau enggan aku wujud didepan matamu... dan aku takkan kembali... sehingga kau mahu aku kembali.. itu janji... dan terima kasih... kerna selama aku pergi kau tak pernah cari... tak pernah bertanyakan kenapa dengan jiwa... masih gagah dihentam hidup? 

ya kenapa kau perlu... hahaha... aku sudah kuat sendiri... aku cuma perlu kuat utk memberi kekuatan pada mereka... kan? begitu? sudahlah jiwa... sudah... jgn terus perbodohkan diri dengan janji lagi... mereka tak mahukanmu... mereka sedia lepaskanmu... mereka sudah cukup walaupun tanpamu... kau cuma sebahagian dari sepah, madu yg mereka mahu tadah... kau bukan madunya... tolong la sedar... 

tak... tak perlu halau... aku akn pergi sndiri... *senyum* aku sudah sedar akan pintu yg kau buka.. menanti aku melangkah... itu sudah cukup mudah.. untuk aku keluar... terima kasih... *senyum* untuk segalanya... terima kasih...

they prepared themselve for my leave... they never expect for my stay...
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment