Lari

Aku minta ruang... disebalik segala yg terjadi... aku sering meminta ruang untuk diriku sendirian... ruang untuk merenung kembali segala sebab dan punca kegalauan hati yg tak berkesudahan... sering aku tanya kenapa... sering aku menduga silapnya dimana... dan aku minta ruang untuk itu... tapi... kenapa? payah sekali ruang itu mahu hadir... dan galau masih tiba.... dan jiwa masih melara memintak apa yg tak diberi... dan aku terduduk... mungkinkah Tuhan murka... aku salah? tapi salah ku dimana?

dan hatiku dijentik kuat oleh sahabat. "Kau salahkan org lain atas semua yg berlaku makna kau tak redha dengan apa yg Allah ambik dari kau. dengan semua yg terjadi, kau tinggalkan amalan2 sunat kau... kau sebenarnya dah buang Tuhan." hingar disekeliling tamat. Nasihatnya jelas smpai dipendengaranku. Ya aku mengaku tuh. Aku angkuh. Aku sombong. Aku ego dengan Tuhan. gugur segala harapan yg ada. Tuhan masih sayang pada aku kerana itu Tuhan masih lindungi aku.

bekunya jiwaku sekarang bukan silap org lain. Aku akui tuh. semua silap aku sendiri. Tak membenarkan mana2 tangan yg sedang cuba menggapaiku smpai kerana aku takut sisa jiwa lemah yang tinggal lebur lagi. Aku takut dinding yg aku bina lepas lagi dimasuki tangan2 kasar yg datangnya sekadar mahu menumpang teduh. Tapi lupakah aku pada kebaikan yg Allah suka? Salahkah diri2 hilang itu mahu menumpang teduh sementara ketika hujan menimpa kehidupan mereka? Siapa aku untuk menolak ketika diri diperlukan sedang aku selalu minta Tuhan membantu aku dalam setiap keadaan. Aku sombong. Aku bongkak.

"kau pasti semua masalah yg datang ni yang menjadi halangan utk kau teruskan niat baik kau nk kawen? sebab kalau Allah izinkan semua tuh takkan pernah jadi halangan. kau patut cari balik sebab kenapa Allah tak bagi apa yg kau mintak sbb tanggungjawab sorg isteri tuh lagi besar dari tanggungjwb kau sekarang." sekali lagi sahabat itu bersuara perlahan. hatiku tertikam tajam dengan kebenaran. "Allah ambik semua yg tak baik dari kita.. cuma yg tak baik... dan percaya Allah akan beri sesuatu yg lebih baik."

belajar memaafkan org. Semua yg pernah buat salah kat kau. Belajar maafkan org yani, selagi kau tak maafkan, selagi tuh kau tak bebas. dan paling penting, belajar maafkan diri sndiri.
 pandangan aku alihkan. kebenaran yg menyentak aku rasa meluruhkn semua amarahku, dendamku lebur dalam nasihat baik seorg sahabat. mungkin betul, masanya untuk aku berhenti lari dari mengakui kesilapan sndiri. mungkin betul, ini masanya utk aku berhenti lari dari menghadapi masalah.

kau rasa kenapa Allah tak bagi ruang utk diri sndiri yg kau mintak tuh? Kalau kau betul2 perlu mesti Allah bagi. Tp kenapa Allah tak bagi?

sekali lagi soalannya menyentak sedarku tentang dunia. Bahawa dunia ini bukan milik aku. bukan berputar atas paksi kerana kehendakku. aku mengeluh lemah. Aku harus sedar, dah lama aku lari dari Tuhan... aku harus sedar dah lama aku lari dari kenyataan... aku harus sedar dah lama aku lari dari tanggungjwb... aku harus sedar dan dengan kesedaran itu, baru aku mampu pegang tanggungjwb sebagai seorg isteri... sebagai seorang ibu... dan tidak lupa tanggungjwbku sebagai seorang anak... kerana selepas terbina sebuah masjid kau makmum akan terus terikat pada imam dan kau tak boleh lari lagi dari tanggungjwb kau seperti kau buat sekarang... lemah... besar lagi yang akan datang, dan lari bukanlah penyelesaian terbaik yani... bukan...

kau mintak kekuatan dari Allah. Mungkin dengan cara ni Allah nk bagi kau kuat.

terima kasih sahabat. Dalam sesak kau yg aku tak pernah ada. kau datang lepaskn aku dari sesak yg merantai aku. terima kasih sahabat. Semoga kita sahabat syurga...

Tuhan jangan Kuu izin aku lupa, jangan Kau biarkan aku mendepang dada, pasakan hatiku pada kaki, paksakan ku tunduk sehingga mati... paksakn ku tunduk sehingga mati... - fynn jamal, terbang tunduk
Thanks kuro for being understanding... for being there for me n tell the truth right straight to my face... I need to hear the truth that I always run away from it coz thats how NIA treat me... n I need to live without her.

Sbb tuh kita tak boleh hidup sendirian - kuro
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment