pertanyaan sama

aku selalu bertanya pada hati,
kenapa selalu dia mencari?
pada yang telah pergi,
pada yang tak pernah jemput aku kembali,

aku selalu bertanya pada mata,
kenapa dia mencari,
bayangan yang tak kunjung tiba?
membuat hati percaya,
yang si dia yang dinanti akan tiba,

aku selalu bertanya pada minda,
mengapa tidak mahu lupa?
masih mahu ulang kenangan sama,
yang tak mampu dilalui semula,

puas aku bertnya,
tapi masih tak tahu jawabnya apa,
sekali lagi diri, pertanyaanku,
tak penat berterusan begitu?

aku, penat,
mahu hari-hari tolak kau utk berlari,
aku, penat,
mahu hari-hari cuba padam memori,
hari ini lupa esok ingat kembali,
hari ini senyum esok basah lagi pipi,

apa yang perlu aku lakukan?
utk kau kembali berlari?
utamakan yang penting pada diri...

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment