kau percaya??

kali ini entah apa lagi mahu dikata... suaraku tak sampai lagi padamu... apa lagi yang harus aku kata? jelik jika berterusan begini, bukan begitu? jika dengar lagi aku bersuara kau percaya? lemahkan mahu terus bercerita bila ceritanya cuma aku sendiri yang dengar... kau, masuk telinga keluar semula... hahaha... mungkin padamu dengar sudah berpada kenapa perlu peduli? atau mungkin aku sendiri lupa... kau juga punya cerita... mungkin dua telingaku tidak cukup untukmu... atau dua telingaku tak terlihat olehmu?

kau percaya? bila aku mula bercerita? atau kau sudah mula menjatuhkan hukumanmu sebelum sempat mendengar ceritaku?

kau percaya? bila aku mulakan ceritaku... atau kau lebih mudah menyerahkan pilihan padaku tanpa cuba memahami situasiku... hahaha agung dgn kata-kata mahu bantu aku... bagaimana? bila ceritaku yg bersuara tak masuk cuping telingamu? terangkan kepadaku bagaimana?

kau percaya? hahaha aku mahu tahu apa yg kau percaya bila kau kata kau mahu aku bersamamu dalam perjalananmu bila kau ternyata belum tahu siapa sebenarnya aku... kau tahu? esok bila semua berlalu... aku juga begitu... pergi jauh darimu... kau masih mahu tunggu? kau percaya aku kembali? kau percaya?

satu saat nanti... akan datang situasi... bawa pergi semua yang kau percaya kini... dan kau sedar tak semua yg kau percaya boleh jadi nyata... aku berdiri didepanmu dengan senyuman sayu... tak perlu beritahu padaku semua itu ... aku sudah tahu... aku terlebih dahulu lalu... jika aku beritahu begitu kau percaya?

aku tahu tak ada yg mahu percaya padaku kecuali aku... jadi biarlah begitu... biar kau tak percaya... lagipun ini dunia aku... kau tak percaya kewujudannya bagaimana kau mahu masuk ke dalamnya? kau takkan nampak pintunya kerana belum tentu kau percaya...

maaf ini kebenaran... aku.. tak.... jiwaku... kebaikan itu kecil... jika kau lihat dijalanan ada jiwa-jiwa leka... hanya kerana mereka tidak menerima huluran tangan seperti yg aku terima... jika aku terlepas begitu... mungkin aku juga jadi manusia yg kau panggil sampah hari ini... maka bila kau bercerita tentang mereka dan sampah2 mereka... aku rasa hina... kerana mereka disepak dalam kejahilan, tak sempat menerima cahaya... dan aku... dalam cahaya aku berbuat dosa... siapa lebih hina??

maaf ini kebenaran... jika kau lihat ada jiwa-jiwa sedang gembira dijalanan tanpa menghiraukan dunia yang semakin menggila... mereka dengan dunia mereka... dengan ketawa gembira mereka... aku mahu bersama mereka... lupakan tanggungjawab yang aku ada... lelah sesekala bersama jiwa-jiwa yang baik yg mahu kebaikan diterima dengan paksaan... mungkin dalam gembira kosong mereka... aku ketemu Ilham Yang Maha Esa... mungkin... aku mahu percaya begitu... kau percaya? tak semua ilmu dikorek dari tikar sejadah... jika tidak kenapa dunia ini luas?

maaf ini kebenaran... sesekali aku rasa malu... melihat jiwa-jiwa yg mengaku membawa kebaikan sebarkan dengan jalan penuh kehinaan... menghukum seumpama mereka itu utusan Tuhan... bukan aku tolak kebaikanmu... tapi fikirkan semula jika kebaikan itu sampai padamu dengan cara yang sama... ketika jiwamu sedang gelora, mahu kau terima? jgn bohong denganku... itu dosa... aku percaya tak mudah kau terimanya...

mahu sesekali aku menginjak ke dunia mereka... yg dicoret oleh hitam dunia sebelum putih sempat tiba... bukankah kita semua sama pada mulanya... kenapa begitu akhir mereka? dalam wajah-wajah yg kau lihat... masih ada jiwa kosong mencari ruang utk bernafas dalam dunia ini... dihentak jatuh bangun kembali... dihentak jatuh bangun kembali... pernah terbayang semangat itu jika masuk dalam putih duniamu dan mereka yang terakhir akan gugur dalam fisabilillah kita kerana mereka itu tidak kenal erti putus asa... tapi kau takkan percaya... kerana kau takut putih duniamu menjadi hitam dengan debu dunia mereka... aku juga takut... tapi aku mahu percaya masih ada ruang untuk mereka... masih ada...

maaf... coretan panjang ini buat kau bazir masa... hari ini baca mungkin esok lupa... biasalah benda tak bermakna... biar aku letak jiwa didalamnya... kau tak buka jiwamu utk membaca... sia-sia kan? jadi selamat tinggal... aku pergi... utk laksanakan apa yang aku percaya... apa yg aku yakin... dan apa yg aku mahu percaya... jika aku pergi tak pulang lagi... aku harap secebis kenanganku dalam hidupmu buat kau sudi hadiahkan doa buatku... siapa tahu aku syahid dalam dunia hitam itu... membawa putih kelabu kepercayaanku...
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment