cerita rekaanmu

berdiri dalam sesak dunia... hiruk pikuk manusia membataskan jiwa utk terbang sebebasnya... terbatas bukan dibatasi... atau aku sendiri yg membataskan pergerakan diri? mungkin terlalu bimbang menyakiti... hahaha tak... aku tak lagi risau disakiti... dia dah lali... aku risau bila aku disakiti, aku akn menyakiti lebih teruk dari sakit yg aku rasa... it's self-defense... maaf... manusia, aku tak tahu cara hidupmu...
     sudah terbiasa dalam duniaku... aku terlalu biasa ditinggalkan... aku tak tahu bagaimana mahu jadi biasa seperti kamu... segala yang aku pelajari adalah berdasarkan daya imaginasi kamu... cerita-cerita rekaanmu... aku tak tahu ianya berbeza dengan dunia nyata... marah aku? sepatutnya aku marah kamu kerana menipu aku dgn cerita-cerita rekaanmu...
     dari kecil, mama dan abah sibuk bekerja... akak dengan urusannya... adik dgn dunianya... bila aku dalam petaka aku tak tahu pada siapa harus aku cerita... teman? hahaha... selalu berubah tempat dan kehidupan... aku tak pernah kenal erti teman sebelum ini... selalu datang dan pergi semudah A B C... jadi teman aku cuma cerita-cerita rekaanmu manusia... dan dari situ aku belajar bnyk perkara... dan sebahagiannya aku cuba... dan aku jadi peniru watak2 ciptaanmu... hampiri kesempurnaan, itu rencanaku... dalam cerita rekaanmu manusia... seharusnya bila aku jadi sempurna, puluhan bangsamu akn hampiri aku... kagumi aku... mahu berteman denganku...
       bila aku hampiri sempurna... kalian akan berebut2 mahu berdamping dgnku... sekali lagi kamu menipu aku... kerana aku sedar, semakin aku hampiri kesempurnaan semakin kalian menjauh dari aku dan kehidupanku... tercabar, katamu... 'kamu sudah bisa berdiri sendiri'-kau lontar padaku... dan logik akal ku terbelenggu... kenapa begitu? tidak tahukah dirimu, biar sesempurna mana diriku... aku perlu kamu disisi utk jadi sumber kekuatanku.. asbab kehidupanku... mnjadi tujuanku..
        dalam cerita rekaanmu manusia... bila aku jadi baik dan aku cuba menjadi lebih baik... kau akan berdamping dgnku... berpusu-pusu mahu menasihatiku.. mahu sama-sama berubah menjadi lebih baik... adakah salah tafsiranku? semakin aku mahu jadi baik, kau fikir aku cuba tunjuk 'baik' dan kau dgn kata-katamu cuba 'bunuh' aku... logik akalku bertimbun persoalannya... kenapa begitu manusia?
         dan aku tinggalkan duniamu manusia... berjalan atas laluan duniaku... aku dgn kesendirianku... aku dgn kedinginanku... aku lebih selesa dalam gelap yg kamu takut itu manusia... aku hidup dalam dendam yg kamu benci itu manusia... aku hidup dalam hinaanmu itu manusia... aku hidup begitu... dalam neraka yg kamu lontarkan aku ke dalamnya... tanpa ada tempat utk dicerita... tanpa ada sesiapa yg sedia mendengarnya... jadi ketahuilah olehmu, jika aku terluka... sakitnya berganda kerana aku bangkit dgn sisa kemampuan aku sendiri... tak ada siapa yg sudi memberi kekuatan pada diri... jadi aku mohon kau mengerti bila hari ini diri degil menerima sokonganmu... dia tidak biasa menerima itu.. dia tidak tahu bagaimana mahu menerima sokongan itu... melainkan kamu tunjukkan padaku dengan kelakukanmu...
           dan dewasa datang menghidupkan jiwamu... dan kau mula sedar kepentingan tanggunjawabmu... dan kau cuba adaptasinya keatasku... kenapa manusia, cuba masuk dalam dunia aku setelah sekian lama kau biarkan dia sejuk beku... kenapa? aku sedang cuba fahami dgn logik akal sempitku ini...
          jadi manusia bila aku kata aku tak tahu bagaimana... aku harap kau fahami dan ambil masa... aku sedang memahami kemahuanmu manusia... aku sedang mentafsir langkahmu manusia... aku sedang membaca strategimu manusia... dan jika kau tidak mampu sabar dgnnya... maka pergilah kamu ke dunia lainnya... kerana hati ini telah lama memohon jalan dari Tuhan... DIA lebih arif tentang bagaimana mahu bawa aku kembali kejalan-NYA... kerana aku tidak mahu kata-katamu, tingkah lakumu dan pemikiranmu manusia bunuh cahaya yang masih ada sisa dalam diriku... aku tidak sepenuhnya menyalahkanmu... tapi aku sedar aku juga sudah sebati dgn paranoid diri... kerana apa? kerana kita manusia...
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment