mereka kata kita sama

Assalamualaikum cinta,

apa khabar jiwa? bagaimana cinta? iman bahagia? kamu dimana? puas hati bertanya sesuatu yg dia tidak punya jawapan padanya. sedikit aku sediakan coretan ini utkmu cinta. mencari kekuatan sebenarnya, tentang keyakinanku kamu pasti datang... maaf cinta, aku mencintai yg salah sebelum bertemumu... sedarlah aku juga manusia biasa. Dalam perjalananku mencari kamu, rabak sudah hati itu menyayangi jasad yg kusangka bayanganmu. bagaimana hati ini boleh percaya itu kamu sebenarnya? kamu dimana?

datanglah cinta, kutip jiwa aku utk kau bimbing mencari Yang Esa. Lemas aku cinta, dgn kepalsuan dunia sementara, dgn pertanyaan mereka "kamu dimana", dgn tusuk bisikan mereka bahwa aku tidak usaha, dgn cadangan mereka mungkin kamu si dia. kamu dimana?

mereka kata kita sama, jadi mungkin cinta, mungkin kamu juga mencintai yg salah ketika ini? ketahui olehmu aku juga sedang usaha, jadi kamu jangan berhenti, tolong... kita akan bertemu nanti. semoga dgn kasih Ilahi. dalam ikatan yg diredhai, jadi jangan berhenti...

mereka kata kita sama, jadi mari usaha cinta. raih cinta Yg Esa. aku sedang usaha, mohon kamu juga serupa. supaya nanti bertemu kita dgn rencana Yg Esa. bahagia hadiah dariNya kerana usaha kita mendekatiNya. segala yg lalu itu cuma ujian sementara. Aku harap kamu tahu itu cinta. jadi jangan berhenti.

mereka kata kita sama, seandainya cinta, seandainya kamu lebih sempurna, aku mohon cinta jangan pandang aku hina. Kerana bila bersamamu aku mahu turut rasa sempurna. bimbing aku cinta. bimbing jgn biar aku leka.

mereka kata kita sama, jadi cinta, mari bina cita, mahu cipta mahligai bahagia bersama-sama sinar didalamnya. aku tahu hidup itu tidak mudah tapi kita yg tentukan bagaimana mahu usaha.

singkat perjalanan sebuah kehidupan, singkat ini sebuah coretan. utk kamu cinta, utk hati aku percaya bahwa kamu akan tiba, tidak di dunia, pasti di akhirat sana... sungguh kehidupan ini sebuah kerinduan yg panjang...
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment