tutup mata

seketika,
tutup mata,
dengar dgn teliti yg bernada,
sekeliling sudah sesak dgn nafsu manusia,
bagaimana kita?
bagaimana kamu, iman?
sudah kukuh?

seketika,
kerana terleka,
kita tutup mata,
melihat kemungkinan yg ada,
bukan buta, hanyut sementara,
dan bila derita tiba,
mata itu mahu terus terbuka,
kerana mimpi juga jadi berat pada jiwa,

seketika,
bila sakit dijiwa,
dan kita diminta tutup mata,
bergugur lemah titis-titis yg ada,
untuk kali keberapa?
salah aku meminta?
atau aku juga tidak layak?
kau!! kalau Yg Esa kau lupa,
layak kau meminta??
pulanglah selagi masih berpeluang,

jika aku fikirkan kamu lagi,
dan dalam paksa mata tertutup,
airnya gugur lagi,
jadi biarlah dia sendiri sementara,
salah dia kerana memberi,
seharusnya dia jaga hati,
kini dia rasai yg tidak kekal pergi,
sakit, tapi mungkin ini yg terbaik,
mungkin...
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment