buat aku tersenyum...

untuk kamu...

suatu hari nanti, bila kau keliru dengan sikapku... akan kegelisahanku yg tergambar biar aku cuba menipu.. pada lagakku yang sering pura-pura tidak mengambil tahu... keliru dengan kata-kataku... pada penipuan lidahku..
suatu hari nanti, bila kau lemah dengan tingkahku yg tak sudah... terluka dengan kata-kataku yg dilemparkn... pada keganasan tingkahku... pada diamku yang terus membisu..
suatu hari nanti, bila aku cuba lari jauh darimu... bila aku cuba menyepi diam membisu.. bila tiada lagi berita dariku.. bila waktu2 indah bersamaku sudah berlalu..
suatu hari nanti bila tiba waktu itu.. renung jauh ke dalam dirimu.. kenapa memilih aku?? kenapa melihat aku?? kenapa merasakan kehadiranku?? ingat kembali saat2 tawaku.. bagaimana kembalikan ia? diam seketika.. biarkn aku sendiri.. tapi jangan pergi.. biarkan aku terus membisu tapi jangan berlalu..
ketahuilah... kau yang mampu membuat aku tersenyum kembali... menjemput tawa semalam yg hilang dengan kenangan-kenangan masih dalam ingatan..
percayalah saat itu, kenangan masih lagi dalam jiwaku.. memerangkap aku, merantai aku... KUAT!! hingga aku tak mampu lepas.. dan untuk terus menggenggam aku bimbang.. kerana ianya tiada penghujung yang tidak berkesudahan... it's beautiful but hurt...
       bila waktu itu tiba.. berdirilah disebelahku.. biar kita diam membisu.. biar kita berkerut seribu.. dan perlahan bicarakan suara hatimu... perlahan luahkn nasihatmu.. dan kata-kata semangatmu.. tnpa memandang wajahku.. tnpa tersenyum padaku.. supaya aku tahu kau tidak bergurau dengan kata-katamu.. dan yakinlah aku akn kembali tersenyum... bila saatnya aku memegang tanganmu ...

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment