di antara

        berdiri diantara ruang, sebahagian mereka cuma menyatakan itu hanya khayalan... tapi tak siapa tahu... apa yg berdiri bersamamu diantara ruang itu... menarikmu untuk kekal bersama mereka, ketika kamu cuba keluar... serupa fantasi bunyinya... ya kerana dunia ini sendiri fantasi tak berpaksi...
"apa yang kau percaya itu ada - RAM"
dan ketika aku berdiri diantara ruang itu, aku kenal siapa aku... tapi aku bukan aku...

segala drama yang dialami seumpama nyata... tapi ianya fantasi... jadi bagaimana mahu diterangkan dengan logik akal bila ada yang bertnya tentangnya? Aku berdiri diantara ruang yang membuatkn aku hilang... begitu kau mahu aku beritahu mereka?... kau tunggu... hahaha... sama ada kau akan diketawa, kau tak dipercaya atau kau akan dikatakan gila... -ianya tak nyata-

ya aku tak nafi, diantara ruang itu fantasi... tapi nyatanya... mereka mampu menarik kau jauh dari realiti hingga kau lupa siapa kau disini - di alam nyata-

kau cuba bangun, bukan tak mahu... kau cuba... dan kesekian kali suara menarikmu kembali menyatakan realiti itu mimpi dan bukan disini tempatmu... dan terbaring kau dikamar untuk kesekian kali... menghadapi mimpi yang tidak serupa mimpi...

kau tidur dan kau paksa cuba bangun... dan kau ditarik tidur kembali... kau tak mampu bezakan nyata dan fantasi... hingga kesekian kali kau terjaga, kau lupa kau siapa... dan kau keliru ini mimpi atau nyata...

berada diantara, bukan sesuatu yang aku minta... ya aku akui, aku gunakan dunia mereka untuk lari dari dunia aku... atau mereka yg gunakan aku untuk masuk ke dunia mereka dengan mempermainkan minda aku... aku tak tahu... yang aku tahu, mereka akan selalu tarik aku untuk berada diantara... diantara apa? diantara nyata dan fantasi...
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment