kali ke 150 juta

untuk kali ke seratus lima puluh juta.. aku jatuh utk sebab yg sama... ketakutan... ketakutan yang memerangkap diri dari terus melihat kehadapan... rantai yg mengikat kuat tubuh aku dari melepaskan masa lalu...  kerisauan utk terus terbang ke angkasa selepas sayap patah dengan teruk sebelumnya.. jiwa yg kotor kembali walaupun setelah menerima cahaya kerana terabai oleh keteguhan hati yg benar-benar yakin pada kebenaran yg palsu... sampai bila? sampai mana? jika kau mahu terus menunggu, sampai bila? jika kau mahu terus berjalan perlahan melihat teletah takdir, sampai mana? sampai mana akan kau pergi? jiwa ... kegelisahanmu bukan hanya kamu yang rasa.. bukan hanya kamu yang lihat... dan bukan hanya kamu yg menanggung...
      aku hidup kerana aku ada tujuan.. pertarungan itu masih belum tamat.. mimpi itu masih belum menjadi nyata... dan dunia masih belum tahu siapa aku.. aku masih lemah dan masih mampu disentuh dan dihentak kasar ujian dunia... KAU MASIH GAGAL!!! KAU MASIH GOYAH!! dan aku bukan lemah untuk terus menyerah... berpantang menyerah sebelum ajal... yg dtg pasti pergi itu lumrah... yg sunyi akan mencari itu lumrah... tapi adakah kau begitu lemah hingga hancur dimamah lumrah? hahaha lawak antarabangsa paling kelakar, jika ya menjadi jawapan mu... kau tahu siapa aku.. kau tahu siapa kamu.. kenapa mudah rebah sebelum menggempur gagah? kau lupa... kau lupa... perjuangan masih belum tamat... dunia baru tunjuk sedikit isinya dan kau rebah... tapi masih belum rabak... aku tak mahu kalah sebelum bertarung.. jiwa kosong itu akn aku isi kembali... tinggalkan ketakutan itu pergi.. dia sudah kalah.. aku akan buat dia kalah.. kerana hakikat hidup aku, aku bukan lemah...
      kini sekali lagi... aku buka pintu dunia aku.. utk kau lihat bertapa di dalamnya ada jutaan mimpi yg kau lupa utk melihat.. di dalamnya ada jutaan mimpi yg pernah hancur kerana tangan kotor dunia.. dan aku bukakannya kembali.. utk kau lihat usaha dunia itu sia-sia... kerana sekuat mana kau cuba hancurkn aku.. aku tak mahu rebah!!! aku bina kembali dari mula.. hingga berjaya dan keadaannya takkan sama.. lebih baik dari yg sebelumnya.. lebih baik dari yg sebelumnya... kerana jika demi Allah kau hidup tidak ada sesuatu pun yg mampu menyakitimu..
      kali ini lebih berani.. sentiasa lebih berani... kali ini lebih yakin.. pasti lebih yakin.. kali ini lebih keras.. akan lebih keras... jiwa ini bertarung meruntuhkan pujuk rayu dunia... dengan bismillah, aku mulakan perjalanan baruku... aku mahu menjadi aku... dan aku pasti aku tidak pernah sendiri....
     
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment