hua mulan

   meneroka jauh ke masa lampau.. aku mencari kenangan untuk meneruskan sebuah perjalanan bernama impian... ditinggalkan oleh perasaan sendiri.. jiwa ini sudah sempit dengan harapan utk diterima manusia... aku lemas dalam pernafasan aku sendiri... hidup di dunia bagaikan bernafas dalam air apabila segala sesuatu seumpama menentangku.. jiwa jika kau terus lemah begini.. aku bukan org yg kau cari.. kerana hakikat kehidupan .. semakin sukar perjalanan semakin kuat kita perlu lawan.. ya.. aku bukan seperti yg kau bayangkan.. bahkan jika kau mahu lihat.. aku lebih dari yang mampu kau jangkakan..
     terimbas kembali masa lampau dimana kita masih bersama... yg susah menjadi mudah dan kadang kala yg mudah menjadi susah.. kita hadapi bersama.. tangisan ketawa... air mata aku yg menitis, kau tak pernah berhenti menasihati.. kita bertengkar bagai dunia sampai ke penghujungnya.. tapi tanpa sedari hari seterusnya dilalui bagaikan semalam tidak pernah hadir.. semakin kita dewasa semakin kita memahami makna disebalik yg terjadi.. ego yg dulu pernah terlafaz memakan diri.. persoalan pernah diutara kini menemui jawapan yg dicari.. aku benar merindui.. maaf selalu enggan mengakui..
      hari ini majalah lama kembali ditatapi.. seketika diri tersenyum sendiri.. melihat wajah2 comel kita sewaktu disekolah dulu.. bagai layar pawagam serba satu memori melintas lalu... teringat kembali bagaimana ketika sekolah menengah kita mengenali antara satu sama lain.. bertengkar.. suka seseorang yang sama.. mengejar impian dalam konteks yg berbeza.. aku kau.. mencipta kita..
      dan kini aku sedari.. sejak dulu lagi.. bila aku jatuh cinta.. situasinya luar biasa.. ku ubah perasaan itu menjadi medan peperangan... love is a battlefield... tapi yg pasti kita berubah dan mengubah.. dia menujukkan yg terbaik dalam dirinya.. dan aku menunjukkan yg terbaik dalam diriku.. tapi x lama.. dan aku sedar itu cuma persinggahan... dan aku pergi jauh..
      dulu aku lebih angkuh dari yg mampu kau lihat.. setiap yg hadir yg menyentuh jiwa.. aku tolak jauh .. enggan mengakui kelemahan diri.. dan aku enggan bertindak dengan fitrah selayaknya menjadi seorang wanita.. kerana buah mulut manusia mengatakan wanita itu lemah.. aku cuba menjadi lebih gagah... rebah, lemah aku bangkit kembali... selagi ajal belum bertandang... menyerah cuma sebuah bayangan..
     dan kerana maskulinnya aku.. kalian memberikan aku sebuah kisah lagenda sebagai gambaran kisah cinta aku.. hahaha.. setiap dari kita mempunyai kisah masing-masing.. dan mulan menjadi kisah pilihanmu untukku..
     mulan.. gadis lemah yg terlalu menyayangi segala yg dia miliki.. demi melindungi mereka dari dilukai dia mempertaruhkan nyawa sendiri.. dalam diam dia berlalu pergi.. mungkin kembali mungkin tidak.. yang pasti dia tidak akan berpatah kembali setelah keputusan diberi.. tetap pendirian.. diri mungkin kau juga harus begini.. tetap pendirian.. yg sudah.. biarkan sudah.. yg datang hadapi berani...
    mulan gadis lemah menjadi gagah.. kerana putus asa tidak pernah singgah... padanya takdir boleh diubah jika diri benar-benar mahu... selagi yang datang belum berlalu... dalam perjalanannya menjadi yang terbaik.. dia temui jodoh dan penghormatan yg dicari...  sesuatu yg mereka kata mustahil untuk dimiliki....
    mungkin manusia lupa setiap yg datang itu mungkin sedikit ilham dari Yang Maha Kuasa utk kita melihat dan mentafsir diri sendiri.. dunia ini pentas dimana kemustahilan mungkin terjadi.. maka diri seperti mana ditakdirkan.. aku akan menjadi apa yg telah ditetapkn pada diri.. mungkin kau kata ini terlalu tidak matang.. maka aku akan tunjukkan kau erti kematangan yg sebenar..
    maka buka mata seluasnya... kerana sekelip mata mu kerdip.. aku bakalan hilang dari biasan... kau akan hilang jejak langkahku... itu kepastian dariku dan peringatan untukmu... aku dagang bertandang menerima jemputan.. pastikan jarak mu dekat denganku.. jika benar kau mahu aku dalam hidupmu.. kerana sekilas berpaling kerlinganmu.. aku hilang dari pandanganmu.. mungkin kembali mungkin tidak...
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment