dibiar luka , disentuh berdarah....

setinggi angkasa, seluas benua,
sejuta langkah sekali pun,
takkan ketemu wajah dan dirimu,
insan yg sudi menerima aku seadanya aku,

dilempar jauh datang menyambut,
dikejar x lari datang menemani,
dimarah kasar sabar menghadapi,
dikasari maaf diterima memahami,

ahh... sudahlah diri,
mencari yang sempurna,
sedang diri sendiri ada kurangnya,
jangan percaya yang tidak bermata,
buta kerana fantasi semata,

bisu mungkin terbaik buat kita,
kerana dari kata2 aku membunuh berjuta jiwa,
sedang diri masih belum bebas dari neraka,
bagaimana jiwamu boleh selesa?
bising, kebisingan itu kita hadapi sendiri,

dunia x kn pernah memahami,
kerana mereka juga meminta difahami,
aku... memahami bukan suatu kesukaran,
tapi kerana aku tahu ,
pemahaman aku berbeda dan bakal membunuhmu,
jadi aku lakukan yg sebaliknya,

pergilah... pergilah diri,
sejauh kaki melangkah pergi,
bila kau pasti diri x pernah dirindui,
bila kau yakin diri harus sendiri,
angin, bertiup laju, terbangkan aku jauh dari situ,
biar tak tersentuh, tak tercapai,
aku, akan terbang lebih jauh,
lebih tinggi, kerana awan biru juga tak sudi menemani,
sedar diri ini x sempurna,
tapi bodoh meminta lebih darinya,

mungkin masanya sudah tiba,
aku bukan lagi anak remaja,
aku sudah menjadi dewasa,
tiba masa untuk tunjuk pada dunia,
aku... aku.. aku yg berani menerima siapa aku,
diamkan jiwa kosongmu,
tutup kebisingan dari mulutmu,
aku akan buat kau bisu,
kerana ini masa aku,
masa milik aku,
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment