dan seterusnya?

saat dunia kecam hebat kemampuanmu,
ketika langkah terhalang oleh ujian,
pabila dugaan datang berterusan,
dan kau kata kemampuan terbatas oleh kemustahilan,
kau berhenti seketika,
alasan semata dan kau gagal bangkit semula
dan seterusnya?

diselar sinar mentari panas terik,
kau kata matamu silau diterjah ganas,
dan bidasan angin lembut,
kau kata tajam menikam pipi gebumu,
kau berhenti seketika,
alasan cuma dan kau tidak teruskan kembali,
perjalananmu yang sudah lama terhenti,
dan seterusnya?

ketika dunia beri kau harapan,
saat bunga keyakinan semakin berkembang,
kelopak indah diragut kasar,
sang kumbang menerjah ganas,
dan kau gagal pertahankan madumu,
kau kata rehat seketika,
alasan sebenarnya dan kau gagal merawat diri,
kelopakmu dibiar rosak disendiri,
dan seterusnya?

ketika derap langkah melawan arus dunia,
berpusing kebelakang dan kau lihat derita,
kau kata dunia bukan tempatmu,
lupakah kau manusia dicipta bersebab?
dan penciptaanmu itu ada tujuannya sendiri,
usah dipandang pada derita yg x berkesudahan,
kerana pengakhiran sebuah tangisan,
adalah sebuah senyuman,
yang menghapus air matamu,
berehat sebentar bukan satu kesalahan,
tapi kegagalan bangkit adalah sebuah kerugian,
pandang kehadapan teruskan perjalanan,
biar madu semalam lebih indah,
biar esok dijanji derita,
kerana asing dirimu merupakan kebaikan,
kerana asing itu satu keunikan,
kerana asing itu bukan kesalahan,
kerana asing itu suatu kelebihan,
aku datang dalam keadaan asing dan pergi dalam keadaan asing,
menggapai tangan yang menghulur mengharap kehadiran aku dalam kehidupan mereka,
aku dagang bertandang menerima jemputan,
bila tak dipandang dalam renungan,
berkalih sedikit pandangan aku hilang tanpa jejak kilasan,
silau mata dipanah mentari,
silau jiwa disimbah rezeki,
biar lupa dimana bumi,
jangan smpai lupa mensyukuri,

bangkit kembali wahai diri,
cari siapa kau dan teruskan berlari,
kerana fikiran mereka cuma disini,
lupa pada seterusnya yang menanti,
tapi aku,
saat nyawa menjadi taruhan hati,
untuk memilih berhenti atau terus berdiri,
pandangan dilontarkan kelangit,
jari ditebar mencuba mencapai,
jutaan soalan melayang merewang,
hanya satu ditanya pada diri,
dan seterusnya?
 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment