berikan aku

ntuk seketika.. berikan aku ruang waktu.. untuk pejamkan mata.. sementara.. lari dari dunia nyata... biarkan realiti berputar laju... tapi aku tetap disitu... biarkan masa bagai terhenti cuma untuk aku... cuma untuk aku...
untuk seketika... berikan aku ruang udara... untuk bernafas selesa... sementara... bebas dari sebarang kesesakan perasaan yang berebut untuk memenuhi sang jiwa yang lemah.. biarkan mereka berlegar2.. hati jangan buka pintumu... sementara... cuma untuk aku.. cuma untuk aku...
untuk seketika... berikan aku ruang sunyi... untuk telinga berehat dari mendengar.. sementara.. bebas dari bunyi-bunyian menyakitkan telinga hingga menusup jauh ke dasar hati.. lari dari penipuan dunia yang mengatakan itu adalah kebenaran yang nyata... melodi itu biarkan berputar cuma lagu aku... cuma untuk aku...
untuk seketika... sebelum meminta berbicara.. mendengar dengan jelas.. sebelum meminta sesuatu lakukan dengan ikhlas.. sebelum mengharap.. beri harapan.. walaupun kau tahu logiknya ia sukar berlaku.. bukan memberi harapan palsu.. mungkin itu hanya anggapanmu.. tapi dunia ini adalah pentas dimana semuanya terjadi diluar jangkaan.. tidak disenaraikan jawapan seperti dalam soalan pilihan... bukan A, B, C atau D... tapi subjektif.. yang mungkin boleh jadi panjang boleh jadi pendek... tapi akar jawapan tetap sama...
dan kini.. benarkan aku pergi.. untuk sementara.. untuk sementara... beri kebebasan pada sang jiwa... yang lelah menanti.. pada sesuatu yg tak pasti... berikan ruang pada sang hati.. yang disakiti setiap hari pada kenyataan yang ternyata sebuah kepalsuan... beri ketenangan pada minda... yang lenguh menghitung segala kemungkinan wujud sebuah cahaya bernama harapan... biar palsu.. aku lebih suka bergantung padanya... kerana jika keyakinan itu ada dan kau percaya, yang mustahil juga mampu menjadi realiti...
maka beri aku hanya satu hari.. untuk bermimpi dengan kewujudanmu dalam kehidupan ini.. satu hari dimana mimpi aku menjadi sebuah realiti.. dan biarkan aku hidup dengannya.. sebuah harapan palsu.. jangan bimbang.. jika kebenaran terserlah.. maka ianya salah aku.... letakkan salah itu pada aku.. hanya pada aku.. kerana menyayangimu, bukan penyesalan padaku.. bukan penyesalan...
jadi berikan aku... berikan aku... berikan aku harapanmu... biar dunia bukan untuk aku.. biar dunia menipu... biar dunia tak tahu.. biarkan dunia itu.. kerana aku ada dunia aku.. dimana semuanya ada harapan.. biarpun kemustahilan menghalang.. bila kita ada keyakinan.. dan kita percaya padanya.. kemustahilan itu juga akan tunduk pada semangatmu...
       maka berikan aku.. berikan aku kekuatan.. berikan aku keyakinan dan berikan aku semangat ... wahai diri jangan pernah lelah berlari.. jangan pernah cuba berhenti.. biarkan dunia menghentam hebat dirimu.. aku akn kukuh disitu.. mencari apa yg masih kurang dalam kehidupan ini...
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment