takungan air mata...

       kali ini entah pada siapa lagi mahu aku suarakan kebimbangan hati... lelah, sendiri tampung... mereka tentu sudah bosan mendengar cerita sama... hahaha semak mungkin... hati ini sendiri sudah hilang kemampuan utk hadapi perkara sama berulang2... apa yg kurang? bagaimana mahu akhiri pengulangan yg menyakitkan ini? dimana silap diri?
       kini, mahu sebut tentangnya pun diri sudah muak... tapi sakit dihati tidak mahu berhenti... bodohlah diri !! boleh jangan jadi bodoh begini? kau tenggelam dalam imaginasi sendiri... degil mahu kekal... lalu bila realiti menghentak kasar kau marah mereka... berduka... merajuk berjiwa lara... muak tahu?
       aku pun sudah tidak mengerti bagaimana mahu rawat kau hati... aku pun sudah malu menangis depan Tuhan memohon DIA rawat dirimu hati, bila nanti aku tahu kau akan luka lagi kerana sebab yg sama... jatuh pada yg bukan hak mu... sudahlah hati... malu... aku malu... pada malaikat yg mencatat... pada Rasulullah yg menasihat... pada Tuhan Yg Mendengar... malu... membayangkn syaitan mentertawakanmu... malu!!! kau apa tahu? kau buta bila kau jatuh cinta.... kau tuli bila kau dah suka... kau tahu apa?? aaaahhh...
       jadi hati kali ini... aku benar2 mahu berhenti... sudut ini bukan tempat luahan kesedihanmu... aku mahu kau senyum... bahagia... seperti seharusnya 3 tahun yg lalu... selepas kau hilang dalam imaginasimu dan dunia hancurkannya... aku mahu kau yg tak pernah serik terbang tinggi biar angin hentak kau berkali-kali... mereka kata kita gila... hahaha biarkan... bukankah itu kita? kenapa bimbang?
        jadi hati, sudut ini mungkin terakhir kali aku buka kisah dukamu pada dunia... seterusnya... biar palsu... aku mahu mereka dengar yg bahagia sentiasa... sentiasa... jadi bicara sebesar mana impianmu... bicara seluas mana angkasamu... bicara setinggi mana cita-citamu... diamkan mulut jahat yg bersuara didalammu... mereka akan hilang kuasa bila kau lebih berkuasa... biar mereka tak tahu segelap mana duniamu... hahaha... bukankah penipuan itu bakal menjadi benar bila dibicara terus-terusan?? jadi bicara saja... bicarakan semahumu... bicara yang baik-baik...

"Bila esok tiba, hari ini sudah mati segala kesedihannya... yg tinggal cuma bahagia... aku mahu begitu" 

oh ... aku sedang usaha menulis sesuatu dgn harapan segala perasaan yg kau harap dapat rasa hati, aku catatkan didalamnya hahaha... bila dunia tak mahu terima cerita kita, kita cuma perlu tempat utk merekodkannya... jadi yg sudi bisa baca... apa tajuknya??? hahaha carilah sendiri yg diatasnya ada namaku...
NIA Dw
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment