Pemergianku

waktu berlalu pantas sekelip mata aku terlepas,
dunia sekali lagi menarik aku pergi,
kesebuah tempat baru yg tidak aku ketahui,
mencari sebakul ilmu untuk dicatat dalam lembaran kamus kehidupan,
sekali lagi aku jadi musafir ruang masa kehidupan,

nada tidak selari,
jiwa tidak memahami,
meski sekeliling dilengkapi,
ternyata masih kurang pada diri,
hati mendesak yang tak pasti,
meminta yang gila untuk dipenuhi,
resah jiwaku lemah,
boneka hati kembali terwujud,
menjadikan aku kosong,
kosong... wujud lohong... kosong...
jasad disini tapi mindaku hatiku,
kemana pergi? jauh mencari kamu,

adakah kau benarkan aku mencari jalan baru?
kerana sejak aku sedar aku tidak seperti kamu,
dan kelebihanku semakin tidak terkawal,
aku merasakan kehadiran jiwamu dalam aku,
atau ini cuma perasaan aku? keliru dengan kehendakku?
atau ini perasaan kamu? yang smpai dalam jiwaku?

dengar.... adakah kau mendengar??
rindu... masihkah kau merindu??
bisikanku sampaikah kejiwamu?
deritaku terlihatkah oleh matamu?
kukesan ragumu pada diriku,
dan ragu itu membuat aku merasakan yang sama,
aku hilang jiwa....
aku hilang kamu...
aku hilang rindu...

sudahlah,
mula yang baru,
azam yang baru,
jiwa yang baru,
perjalanan yang satu,
aku bangkit kembali mencari,
agenda permulaan diri ini,
sekali lagi...
cuba sekali lagi...
sekali lagi...
kali ini, jangan gagal lagi...

bila aku pergi,
jangan tangisi,
jangan sesali,
jangan iri hati,
jangan benci,
jangan minta dikembali,
kerana bila aku pergi,
aku tinggalkn yang lalu,
pada fakta dia bukan untukku,
kerana sebelum aku berlalu,
kau terlebih dahulu meninggalkanku,
kerana aku tidak pergi melainkan aku bersendiri,
aku tidak pergi melainkan diminta bawa diri,
kerana aku tahu kau sudah mampu,
berdiri walau tanpa aku,

dalam ruang masa yang singkat,
aku beritahu padamu,
teruskan langkahmu,
dan aku bebaskan kamu,
sang rama-rama hati,
dan aku minta kau bebaskan aku,
usah sesali,
kerana jika kau yang pasti,
maka aku akan kembali,

seluas lautan setinggi awan,
biar bumi menghalang langkah,
meluntur semangat merebah tabah,
langit akan aku junjung,
bersama impian tak berpenghujung...

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment