mencari ruang bersuara

aku mencari ruang bersuara,
dalam ruang yg penuh dgn bunyi,
siapa yg sudi mendengar?
pada ketika aku masih ada,
sebelum aku menutup mata...

aku mencari ruang berbicara,
nota-nota kosong itu minta diisi,
tapi aku mahu nada,
bukan tulisan kosong semata,
siapa yg sudi mendengar?
tnpa sedikit memintas...

mereka kata minta pada Tuhan,
tapi jiwa masih mahu teman,
yang nampak pada pandangan,
bukan menjadi yg tidak bersyukur,
tapi aku juga mahu mendengar suara...

sebelum aku pergi,
akankah aku diingati?
atau mungkinkah akan dilupai,
sebelum dan selepas semuanya serupa,
tiada sedikit pun yang berbeza,
jadi aku kena kumpul amalan sedaya upaya,
kerana aku tak pasti bila aku pergi akankah ada yang merindui?
yang sudi menderma sedikit pahala buat diri,

aku yang tersembunyi,
tak dilihat tak diperhati,
datang tak disedari,
pergi tak dirindui...

I wonder will anyone notice me?? maybe only my parents... maybe only them.... so before death come and get me, I want to work for them until the rest of their life until the last of my breath... and I will work hard for my future so I don't have to depend on anyone other then HIM... again on this silent road.. I move ... with or without you...

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment