dilema semalam

dilema semalam,
masih belum berkesudahan,
diakah yang meminta diulang?
atau keadaan memaksa aku mengulanginya?

dilema semalam,
seumpama mimpi siang,
sekejap-sekejap datang dan kemudian menghilang,
bagai buih-buih dilautan,
meredah gelora mendarat dipantai,

soalnya smpai bila?
dilema semalam ini mungkinkah dilupa?
atau akn terus-terusan menerjah ingatan?
membawa aku hanyut dalam kekeliruan,
kekusutan berpanjangan,
jiwa kosong itu, isilah..
isi dia dengan segala perkara yang seharusnya dia ada,

masanya akan tiba,
bila kau benar-benar bersedia,
jadi hadapi segalanya seperti yang dirancang,
jangan terpesong jangan menyimpang,
biar sembunyi tidak berjawapan,
biar terlindung dibalik awan,
coretan yang cuma aku faham,
cuma aku mengerti,
cuma aku fahami,
kerana ini semua tentang aku....
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment