where am i belong?

     sejauh perjalanan sebesar impian seluas mata memandang... kemana arah ini bawa aku pergi? sejauh mana sudah ia berjanji? siapa yg bersama mendaki tinggi sedia menemani? berjanji meraih bintang diangkasa bersama.. hakikat, yg tinggal bersama aku ketika gelita cuma sedikit sahaja bilangannya... tangan yg dahulu erat menggengam berjanji memimpin diri, melepaskan jari jemari perlahan tanpa disedari... hakikat yg dipegang sangat menyakitkan.. tak kira sesukar mana aku cuba genggam masa supaya mereka tidak berlalu pergi.. itu semua palsu.. semua palsu...
     terduduk lesu dalam kelemahan larian aku... air mata yg menitis tak sedikitpun diseka.. bah yg tiba kerana duka lalu masih belum surut.. kini deraian air mata baru akan kembali menakung derita yg tidak berkesudahan.. bila akan berhenti aku memikirkan derita? berjanji setia bersama.. ucapan yg terlalu rapuh utk dipercayai.. terlalu.. tapi aku bersyukur kau bicara sebegitu.. kerana dengannya aku kini pergi lebih jauh.. aku kini terbang lebih tinggi... berpaut pada janji itu... aku bisa berlari lagi...
    tapi hakikat itu tetap tidak mampu diubah... yg datang tetap akan pergi.. yg setia tetap akan meninggalkan... hakikat yg aku , kamu , kita sentiasa bersendiri... tiada yg menemani diri kecuali Yang Esa.. Yang Maha Memerhati... Yang Maha Melihat segala yg terjadi... jadi sakit yang tinggal kita biarkan menjadi penawar duka lalu .. bimbang pada perkara kini.. aku sudah lelah bimbang pada perkara kini.. aku sudah lelah dgn duka2.. kembimbangan yg kau akan pergi terbang tinggi.. kerana apa pun yg aku lakukan.. kau tetap akan pergi.. jauh dari pandangan.. tak tercapai oleh tangan..
     maka teman yg aku syang.. biarlah kenangan menjadi bukti kau hadir dalam kehidupan ini.. coretan-coretan yang dirakam oleh kamera kehidupan yg aku simpan.. biarpun cuma sebahagian.. cukup untuk menarik kembali ingatan gembira yg pernah aku miliki bersamamu..
    sayang jika masih kau bertanya mengapa kenangan lalu yg aku coret dalam simpananku, aku padam.. aku tidak pernah memadam kenangan itu.. aku simpannya.. masih lagi menyimpannya.. cuma tidak ditunjukkan kepadamu.. kerana pada kenangan itu.. tersirat kisah2 duka antara kau dan aku.. biarkan aku sahaja yg menyimpan bahagian itu.. aku mahu kau ingat yg indah2 tentang kita.. biar aku ambil pengajaran dari kesilapan2ku.. dan biar aku sahaja yg menyimpan kedukaan itu.. kerana melihat kedukaan pada wajahmu ternyata lebih menyakitkan aku...
     maaf sayang jika aku masih gagal menjadi teman yg terbaik buatmu... kerana aku benar2 penat menjalani sebuah kisah dimana jalan ceritanya sama dan tidak berubah.. aku sudah mengah.. mengejar dia yng bernama bahagia.. kali ini.. aku ingin mencipta bahagiaku sendiri... mencapai impian yang tidak dilihat dunia.. hahaha kata mereka itu impian keanak-anakan yg tidak mampu menjadi kenyataan... tapi kehidupan memberi aku hanya impian itu ... hanya impian itu yg aku punyai utk teruskan berlari.. maaf.. andai suatu hari nanti khabar beritaku cuma desiran angin yg tidak kau dengari kisahnya... aku ingin melihat adakah kau sudi menerima kehadiranku kembali suatu hari nanti..
     sejauh langkah yg aku ambil.. tidak sekalipun aku terlupa kenangan indah bersamamu.. Allah ciptakan manusia utk saling berkasih sayang... dan sayang yang

ingin aku sebarkan pada dunia.. menerima atau menolaknya.. aku tidak berhak memaksa.. biarlah aku terus melangkah mencari tempat di dunia ini yg sudi menerimaku seadanya aku... aku benar2 berharap kau sudi bersamaku.. tapi ternyata aku adalah makhluk yg sentiasa membawa kedukaan pada mereka yg menyayangiku.. i am a monster... and i am sorry for being like that... i really don't wanna hurt you... coz hurting you is the most painful moment in my life... but i guess i can never never get to clean the mess of me...
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment