dua jalan...

dihadapan terbentang dua jalan,
satunya terus mengingati masa lalu,
dan sebelahnya terus kepada kamu,
yg mana satu?

di hadapan terbentang dua jalan,
satunya hati enggan lepaskan,
satunya hati mahu cuba terbang,
yg mana jadi pilihanmu?

dihadapan terbentang dua jalan,
dan aku masih kaku memandang,
lama terdiam melakukan timbangan,
yg mana lebih kurang menyakitkan?

dihadapan terbentang dua jalan,
tapi minda minta berlainan,
kerana aku lelah menurutimu wahai hati,
sakit sudah kau toreh diri,
jadi kali ini aku ikut kata minda,

dan aku berpaling ke belakang,
dimana jalan aku punya satu tujuan,
kembali mencari diriku yg hilang,
dan kedua-dua jalan itu aku tinggalkan,
mungkin itu satu kebaikkan,
mungkin aku akn ketemu jalan lalu,
yg aku terlupa utk lalu,
kerana mencari kamu,
kerana memilih kamu,
bila sudah sedia aku akn datang semula,
dan aku pasti pilihanku yg mana...

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment