Adakah Ini Yang Terbaik

10 tahun lalu, 
aku selalu membayangkan yang aku akan jadi yang terbaik pada 10 tahun akan datang. 
Berikan yang termampu untuk jadi yang terhebat, dikenali dan menjadi ikutan. 
Dunia perlu lihat siapa aku sebagai aku. 
Tak perlu bermuka-muka, hidup dalam kejayaan yang aku selalu impikan. 
Berdiri diantara yang berjaya. 
Ah, angan-angan itu ternyata lebih mudah dan indah. 

Disebalik jatuh bangun yang dihadapi,
Disebalik sakit yang dirasai,
Aku sangka aku semakin kuat,
Aku sangka aku semakin berani,
Tanpa aku sedar,
Aku sudah jauh lari,
Bukan mendaki sebaliknya menyelamatkan diri,
Tidak semakin tinggi sebaliknya semakin jauh,
Dan ketakutan itu tidak hilang,
bahkan semakin laju mengejar,

Dan selepas 10 tahun,
Aku masih berdiri kaku,
Hilang punca dan tujuan,
Yang pernah diangan-angankan,
masih lagi angan-angan,
Aku sudah berikan yang terbaik,
Adakah ini yang terbaik aku mampu jadi?

Siapa aku?
Apa Tujuanku?
Adakah tenang ini yang seharusnya dirasai?
Adakah tenang ini salah?
Jika ini yang terbaik, 
Kenapa berat benar rasa yang berpaut?
Aku sepertinya sudah hilang siapa aku,
Tidak bermuka-muka tetapi tidak lagi kenal aku siapa.
Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment