aku tak tahu la zaman sekarang masih legit lagi tak penggunaan blog ni. Hahaha. Its been 14 years since I've started it. Hahaha rasa tua bila mengira tahun. Ini adalah salah satu teknologi yang boleh dikira ketinggalan zaman. Tapi dulu, teknologi ni lah yang pernah menyatukan manusia walaupun tanpa two way communication. Membaca tulisan kisah hidup seseorang dan dalam diam menjadi sahabat tanpa bersuara. Terasa dekat walaupun sebenarnya jauh ratusan kilometer bahkan ada yang jauh antara benua. Hari ni aku buka balik antara post-post yang ada dalam draf. Ya aku tak buang sepenuhnya. Aku simpan jadi tatapan masa hadapan. Masa dimana kita pun dah lupa siapa kita pernah jadi dulu.
Kadang kala aku nangis baca, kadang kala aku ketawa. What a mess I am before. Malu dek anak cucu. But who I am before made who I am today. Tanpa sejarah kita cumalah jasad yang sekadar hidup. Sejarah yang menjadikan kita siapa kita mahu jadi. Semua silap lama yang telah kita jadikan pengajaran untuk tidak diulang pada anak cucu kita. Pengajaran yang akan kita bisikkan pada anak cucu untuk terus berwaspada. Kita tahu kesannya, Kita tahu akibatnya dan kita sebarkan amarannya.
adakah aku yang sekarang masih seperti aku yang dulu? adakah aku yang dulu bangga dengan aku yang sekarang? adakah aku menjadi seseorang yang aku cita-citakan? 14 tahun dah berlalu. 14 tahun jatuh naik untuk aku menjadi aku. Entahlah. Mungkin aku masih aku yang sama. Cuma lebih dipenuhi tanggungjawab. Menghadapi banyak kehilangan. Aku masih aku yang sama, tapi dunia aku sudah berbeza. My circle has change. Some people I know are gone. terutama Abah.
Why am I starting this again?
Coz lately I've forgotten how I 'm fighting life before. Dulu , ujian kehidupan berat juga. Tapi sekarang rasa hilang cara untuk melawannya. Mungkin sebab dulu aku ada ruang untuk berbicara. Jadi beban hilang selepas diluahkan dan kerana itu, aku rasa mahu mula semula. Kejar yang pernah aku impikan. Cuma kali ini tak semua perlu diceritakan. Cuma cerita yang ditulis ini adalah coretan untuk dibaca sebagai ingatan dimasa depan. Tatapan anak cucu untuk jadi imbasan. Aku yang kerdil ini, pernah wujud dalam dunia.
NIA back on stage.. welcome to my world..
0 comments:
Post a Comment