sendirian...

      10 tahun lalu... impian aku, jadi kaya... mahu ubah dunia dgnnya... ketika aku kecil, bnyk perkara aku pelajari. yah, berubah tempat tinggal dari satu tempat ke tempat yg lain mengajar aku bnyk perkara tentang kehidupan. taklah aku kata aku tahu semuanya. tapi sekurang-kurangnya aku paham sedikit sebanyak yg kamu lalu... hahaha kadang2 aku pernah melaluinya tapi dibiarkan bisu... biarlah kamu tak tahu... tak semua cerita harus diceritakan, dan tak semua perkara harus jadi rahsia...
      10 tahun lalu... ketika kamu masih belum hadir dlm kehidupanku, mindaku mentafsir kehidupan dgn logik akal dan ilmu yg secebis biji kacang yg aku miliki ... aku bukan kanak-kanak seperti kamu ketika itu... mindaku 5 tahun lebih awal dari umurku... mungkin ada golongan seperti aku, cuma aku tak ketemu... hasil didikan kembara ibu bapa, aku lebih pantas kenal manusia... hahaha lebih awal dihukum masuk neraka oleh mereka... hanya kerana aku berbeza... wah... manusia mula mahu ada kuasa... berusaha menjadi Tuhan didunia... hahaha
      10 tahun lalu... kerana lelah dgn kerenah manusia, dan selalu menjadi mangsa. aku, cipta 'dia'. Dia yg hidupnya dgn dendam yg aku suarakan... hitam, cukup hitam sehingga kamu masuk ke dalamnya tak temui arah utk keluar... hitam hingga kamu melangkah didalamnya, keluar kamu berair mata... Tahu bagaimana rasa itu? ya, 'dia' bunuh ketakutan aku... mati... menjadi perkara aku cari... dunia tak ada makna kenapa mahu hidup di dalamnya??
      10 tahun yg lalu... kehilangan terlalu ramai yg disayangi... hah... kamu sangka aku tidak tahu rasa itu kerana aku tidak pernah alami? hahahaha... aku diperbodohkan yg bernama manusia itu sudah terlalu banyaklah... dan kagum kenapa masih mahu percaya mereka... hahaha... sakit waktu itu tak siapa tahu... mama abah pun x pernah tahu... terlalu sibuk mencari kesenangan utk aku... cukuplah mereka terbeban dgn itu... akak.. haha dia dgn pemikirannya yg aku masih tak faham... adik, hah terlalu kecil utk fahami... jadi aku, dgn bantal2ku yg menyambut air mata dan dinding2 kaku yg menjadi penghadang suara... diam... biarkan air mata itu mengalir... jgn bagi siapa dgr... sendirian...
       10 tahun lalu... aku cari dimana Tuhan... jahil ketika itu, apa yg aku tahu, aku sendiri tak tahu... hahaha... setiap masa, tak disebelahi yg bernama bahagia. sementara menyapa, duka berkunjung tiba. wah, air mata jadi teman tahu? ah, kau tak peduli. kehidupanmu lebih susah dari aku. tak perlu tahu... aku tak benarkan diri bersuara. alasan? tak siapa peduli. tak siapa! manusia pentingkan diri, cerita dia mahu jaja satu dunia. tapi tuli bila org lain mahu bercerita... walah... itu manusia, yg aku kenal. dulu, ketika aku jahil.
      jadi 10 tahun lalu, aku berusaha sehabis daya. mahu hidup atas usaha sndiri... supaya nanti bila aku terbuang atau dibuang atau tak diperlukan. AKU TAK MATI!! dan dalam impianku tak ada yg bernama kamu. cuma ada aku!.. terlalu takut disakiti... hati ni... entahlah masih ada bentuk atau tidak lagi... aku tak lihat dia selepas itu. impian aku, miliki rumah sndiri. tiga bilik, satu utk aku, kedua bilik kerja, ketiga bilik bacaan. sendirian...
     jadi kenapa mahu jadi kaya? supaya aku boleh bantu org senasib dgn aku berubah. tak dihukum masuk neraka manusia. tak jadi boneka-boneka tak berjiwa. besar, impian itu. cukup besar utk aku sendiri. tapi aku mahu teruskan biarpun mati. aku tak peduli, tak siapa peduli. aku disini atau tidak lagi...
     hingga aku tercampak pergi jauh dari kehidupan yg aku miliki. sendiri... dan mereka mula merindui... aku masih dgn diri aku... degil! dan kamu datang... tunjukkan yg aku terlupa utk lihat... satu persatu mata terbuka melihat keajaiban Yg Esa yg selama ini aku terlupa... wah, hati keras itu kamu leburkan!!
     dan aku lihat bagaimana mama abah setiap satu ahli keluargaku mula menyatakan rindu... aku berharga rupanya... dan mereka yg selalu aku benci dulu, jadi penting dalam kehidupan aku. mereka juga menjadikan aku penting dalam kehidupan mereka... wah, aku dihargai rupanya... hahaha
     dan aku lihat kerisauan dalam setiap satu wajah2 itu bila aku kata aku terluka... dan mereka tak putus2 memberikan semangat utk aku terus berusaha... kamu meninggalkan aku... dan kewujudan mereka aku rasa dalam kehidupanku... dan air mata yg selama ini sendiri, mereka temani... walaupun tidak menangis sekali, tangan itu tak mereka biar lepas dari genggaman... kamu pergi, mereka kembali...
     dan aku mula melihat kerisauan dalam hati mama dan abah seandainya aku pergi tak mahu kembali... wah, aku diperlukan disini... dan aku baru tahu itu... tapi kebiasaan lama sukar utk diubah... mereka tak tahu tentang kehidupan aku seperti kamu... kerana yg tertulis disini adalah nota yg tak terluah dari bibir... coretan yg sepatutnya tersimpan, tapi diluahkan supaya suatu hari nanti sampai fitnah kepadamu tentang siapa aku... kamu lebih tahu siapa aku dan tidak percaya pada fitnah sebegitu... keluargaku? hahaha tak perlu cerita... mereka sudah fasih tentang aku bagaimana... itu kan keluarga...
     jadi... terima kasih utk yg setia disisi ketika aku jatuh cuba berdiri kembali dan dipuncak nanti... aku selalu mahu kamu disisi... terima kasih kerana masih setia disisi, walaupun kau telah aku sakiti, berkali-kali... terima kasih kerana tak pergi... hingga aku merasakan kehadiranmu dalam setiap sudut mindaku... hahaha... kamu menjadi bahagian penting yg jika diakhirat nanti aku berpeluang meminta pada Allah Tuhan Yg Esa.... aku mahu kamu masuk syurga...
      dan kepada yg pergi... terima kasih... biar aku rasa ketiadaanmu... buat aku hargai yg masih kekal disisi... buat aku buka mata pada yg terlepas dari pandanganku... buat aku sedar, kamu mungkin tak harus ada dalam kehidupan aku... tak layak sebenarnya, aku dalam kehidupan kamu... hahaha... jadi terima kasih kerana pergi... baru aku sedar... selama ini aku tak pernah sendirian...

dan aku mula menjadi takut merasakan sebuah kehilangan... 

kerana aku pernah merasakan sunyi itu bagaimana... pernah hidup di dalamnya ... yg jika pergi itu pilihanmu... aku takkan berpaling lagi utk lihat sengsara itu... kamu tak perlu aku, kenapa aku perlu kamu? kenapa cuma aku yg perlu rasa derita itu? kamu pernah bicara ini padaku. "kita boleh hidup sebelum org itu datang, kenapa kita tak bisa hidup saatnya dia
pergi?" dan aku pegang itu... aku pegang itu...
   
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment