bila diusik jiwa itu..

bila diusik jiwa itu,
aku kembali teringat padamu,
bila diusik jiwa itu,
aku kembali merinduimu,
bila diusik jiwa itu,
aku mula memikirkanmu,
bila terusik jiwa itu,
aku tertanya apa fikiranmu tentangku?

berharap pada yang tidak pasti,
seumpama berenang dilautan tnpa tujuan,
tak menemui jalan pulang,
sesat dikelapangan.

apa yang akan berlaku?
akankah terus-terusan begini antara aku dan kamu?
bila akan berhenti aku keliru?
kadang kala aku lelah sendiri,
memikirkan kemahuan hati yang tidak pasti,

tapi diri tidak mampu pergi,
masih mahu cuba sekali lagi,
sentiasa mahu cuba sekali lagi,
mengharap yg salah dapat diperbetulkan kembali,
masih mahu tinggal disini,
kerana saatnya aku angkat kaki,
tiada ruang untuk aku kembali,

apa yg akan berlaku?
apa masa depan janji padaku?
apa kata putus suara hatiku?
apa kemahuanmu?
adakah kehadiranku menggangu dirimu?
menghalang perbuatanmu?
maafkan aku,
jika begitu mungkin aku harus berlalu,
bukan niatku menjadi beban padamu,
tolong beritahu padaku,
tolong beritahu padaku,
kerana melukaimu menyakiti aku,

Ya Allah mekarkan bunga cintaku padaMu,
sebelum kau jatuhkan cintaku pada ciptaanMu,
kerana jiwa ini masih belum mampu,
menahan dugaan dari musuh-musuhku,
jangan biar aku lemah dipertengahan perjuanganku,
dalam perjalanan mencari ke redhaanMu,
kerana tanpaMu aku resah,
tanpaMu aku hampa,
dan tanpaMu aku mati,
Keyakinan kepadaMu adalah kehidupan dan kesempurnaan padaku...
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment